Sunday, January 9, 2011

2 hari 1 malam di PD



Hari ini 18 December 2010, kami sekeluarga ke Port Dickson dgn family caom. Planning nak g sini sempena nak bagi naim happy2 selepas khatan 2 minggu sebelum. Aku dan intan teruja dgn Legend International Waterhomes yg ada private swimming pool, so...bookingla 2 bulan sebelumnya.Intan yg buat booking untuk type garden pool villa yg berharga lebih kurang rm495 camtu. Itu la type yg paling murah pun.
Sampai sana lebih kurang kul 3.30pm. Hotel ckp dia dah terbagi bilik kami pd org lain. what the heck?? Atas rasa bersalah, diorang upgrade bilik kami kepada sky pool villa yg harganya rm700++ semalam without extra charge. Yang kurang best, bilik kami kat tower, meaning dlm bangunan. Yang best pulak..bilik ni lebih besar dan sea viewnya marvellous!!!
Tanpa rasa bersalah, kitorang bertujuh masuk dlm satu bilik (dlm website diorang dah warning maximum 4 saja..org ke 5 akan di caj) Ada aku kesah? lagipun bilik tu terlalu luas untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. Kingsize bed ada 2 bijik dan bantal ada 8 bijik! Ada microwave, minibar, lcd tv, digital weighing scale disamping perabotla...Ada separate bath (shower) and toilet. And...of course ada swimming pool(4feet deep) dgn 2 biji pelampung and shower under the sun (or moon/stars). hehe... Shower tu mmg syok banget! Sbb pool agak sejuk airnya, bila keluar dari pool terus shower kat situ dgn air suam..perghhh mmg heaven!!Since hotel ni takde private beach (the nearest is at glory beach resort yg mmg sgt geli utk mandi manda okayy) , kami try la games yg dia sediakan utk isi masa lapang. Petang kami turun, sewa basikal (1 jam rm10) dan KMX (1/2 jam rm10), memanah (12 arrow rm9) and snooker. Pagi besoknya sebelum balik, kami sewa giant snake n ladder (1 jam rm25, max player 2) Kalo lebih player kena tmbah 3 hengget lagi! Tah apa2! Kalo ada sesapa nak sewa ni, korang ckp main 2 org je sbb bila sampai kat padang tu, diorang just tinggalkan aje benda alah tu kat kita. Bukan dia cek pun berapa player.Okay, cerita pasal makan pulak. Kami dah plan untuk masak dari rumah n sampai sana cuma hangatkan aje kat microwave. Disamping save budget, save jugak masa. Malas nak keluar dari hotel yg sangat best (dan mahal gak) hehe... Bfast dapat utk 2 pax aje... so aku dgn intan je yg pegi sbb yang lain2 masih tido. Lagipun rugi bawak our husbands and kids pergi buffet. Diorang jenis mkn 1 jenis dgn bnyk. Jenis yg lebih baik amik ala carte. Tak pandai makan variety. Orang kampung mmg camtu!. Kihkihkih... Bfast was okay. Sedap, cuma variety tak setanding harga.
Balik bilik, kami cuma sediakan roti utk hubby n kids...hehe...n maggi. Nasibla kan..sapa suh bangun lambat!