Saturday, August 20, 2011

jakarta-bandung day 2-3

@ serena hotel

pemandangan sawah padi sepanjang naik tren

naim 1st time naik tren jalan jauh

batagor simoay & es cendol @FO secret. mmg terbaek!!

Hari ini 17 July 2011, kami bergerak ke stasiun gambir seawal 5.15 pagi waktu sana. Mintak hotel panggil teksi bluebird siap2 semalam. Satu teksi meternya ke stasiun tu dalam 23k. Pagi2 buta camni aman jalanraya jakarta. 15 minit kami dah sampai. Platform berada di sebelah atas, so kena panjat tangga tinggi gak. Ada porter tlg angkat beg om. 20 kg ++ selamba je abg tu angkat kat bahu dia. Om bagi 10k utk porter tu n dia tak bnyk ckp terus blah. aku rasa agak tak patut om bg 10k je. rm3.50 utk angkat beg bapak berat tu?? mmg tak patut.
At 5.45 am keretapi terus gerak. Takde delay2. 1st time for me n naim naik keretapi jalan jauh2. Perjalanan 3 jam ke bandung. Keadaan interiornya lebih kurang ktmb. Argo parahyangan ni bukan 1st class cam argo gede yg siap ada steward tu. Sayang servis argo gede dah dihentikan. Tak sempat nak merasa. Pemandangan okla..bnyk sawah padi dan bukit bukau. Masa tu agak peghak gakla aku..tp 2 hari lps tu pergi bali lagi bnyk gila sawah padi..bila compare dgn view dlm keretapi ni, mcm takde apa je...
Sampai stasiun bandung, porter angkat beg2 kami. Porter bandung takbleh lebih kurang. Depa mintak 20k utk satu beg. Takla jauh pun dia kena ngangkat. Kesian lagi yg kat jakarta.
Cari2 supir yg dijanjikan dgn kak lina, dia kata 3 jam kalo nak ke kg jelekong jual lukisan tu. Aik? Kak lina kata 1 jam? Besoknya baru tau, hari ahad jem...tu yg jd 3 jam! Awal sgt utk cek in hotel. Hotel kami hotel serena mmg opposite stasiun. So, kami decide ke pasar baru.
Sampai pasar baru terus order kek lapis kat food court, kedai kalimantan atas recommendation pak teddy, supir kami. Mmg terbaik kek lapis dia..tak macam jakarta punya yg sgt rasa berempah. Satu 75k sbb beli banyak. Aku 2, intan 2. Makan kat kalimantan ni pun sedap.Jus alpukat dia pun sedap. Supir nasihatkan kami jgn mkn di pa chi met sbb dah 2 customer dia cirit birit sampai masuk sepital. Erk!
Terus kami jalan2..last yr dtg sini, baju2 yg aku beli semua cam hampeh..cutting tak kena. Kalini aku tak excited sgt. Tp rupanya2 turun je escalator dr food court....perghh..bnyk gila blouse cantik...Aku memborong lagi tapi kalini berhemah sikit sbb smlm dah bnyk borong dan rupiah makin kurang sedangkan barang choi dgn naim belom dapat lagi..wakaka.. Tapi harga kat sini lebih kurang tanah abang gak kalo pandai pilih...mmg best!
Kul 2 kami gerak ke hotel serena. Cek in tak berapa lancar. Aku booking thru booking.com, ada proof semua aku print. Kat reception depa kata aku takde dlm list diorang. WTF? Nasib baik ada bilik kosong lagi. Rate pulak depa nak lebih tinggi dr yg aku dpt kat booking. Aku arguela..aku nak rate cam yg tertulis dlm booking aku gak. Dgn campurtangan owner/manager dia, akhirnya depa mengalah. Kami dapat bilik dgn harga yg kami nak. Hihi...Bilik hotel sini biasa je..agak sempit...kena move furniture utk solat. Rasanya kami takkan ke sini lagi kot? Cari hotel lainla...tp bfast provided agak sedap. Terasa kat lidah.
Terus kami ke jalan riau nak pergi FO secret. Last yr trip cuma sempat ke jln dago. FO secret utk cari baju choi..bg can kat dia pulak...aku cuma tgk2 je...takde yg menarik utk size aku. yg bestnya kat sini ada cam courtyard kat sebelah belakang..Boleh lepak2, mkn2..minum2. Aku suke....So..aku ajak budak2 duduk lepak2 sini sbb diorang dah bosan tgk baju2 je...Biar choi, om dan intan shopping dgn selesanya. Kat sini la aku try batagor simoay dan es CENDOL!!! Terbaik!!..Aku jd jatuh cinta sama es cendol bandung lepas2 tu...
Lepas tu jalan lagi masuk FOs lain sekitarnya. Okla gak..cuma takde apa utk aku.
Sambung lagi besok...



Sunday, August 14, 2011

jakarta-bandung day 1 & 2





Hari ini 15 Julai 2011, aku, choi, naim, caom, intan, farid & zulfa ke jakarta. 1st time utk kami semua kecuali choi n caom. Dapat tambang murah dari pak tony setahun sebelumnya, sapa taknak kan? Tambang sahaja dalam sorang rm50++ return. Memang best!
Kami sampai di airpot JKT dalam lebih kurang tengah malam. Dengan confidentnya kami melangkah keluar dari airport(tuju sebelah kiri) mencari teksi bluebird. Tapi mereka suruh naik 2 teksi. Kami agak berat hati nak berpecah dan tentunya meter akan jadi lebih kurang idr200k. Tiba2 datang sorang mamat yg kata dia boleh bagi satu kereta avanza dengan 100k(atau kami yang silap dengar?) tapi sampai2 kat kereta dia kata 200k pulak!Taktik kotor betul! Kami mcm malas nak argue sebab dah lewat malam..lagipun sama je tambang kalo naik teksi pun...lagi bagus naik avanza ni, tak berpecah. Selamatla kami sampai ke Plaza Hotel Glodok dan cuba merehatkan diri dalam masa barang 3 jam...

Hotel Plaza Glodok ni kat jakarta pusat. Very basic. Harga kami dapat selepas deal dgn managernya dekat email idr275k semalam w/o bfast. Mmg takde cafe pun. Tp kami tertarik sbb dia baru beroperasi 6 bulan dan interiornya sangat moden dan minimalist. Kalo kami ke JKT lagi, mungkin kami tak pilih hotel ni lagi sbb agak jauh dari tarikan macam tanah abang tu. Hotel ni dalam shopping mall yang jual barang2 elektik, alat muzik dan dvd haram..tapi tutupnya awal banget deh! Pukul 7-8pm dah tutup. Tak sempat! KFC ada 24 hours dlm bangunan ni.

Pukul 8.30 am kami dah tunggu pak supir di lobby. Aku sewa avanza utk 360k (excluding parking) dari griya mobil kita. Semuanya aku cari dari website n deal thru email. Gamble aje. Turned out okay pulak. Syukur alhamdulillah..

Destinasi pertama kami, Taman Ancol. Masuk ke taman ni, kena dalam 15k seorang. Tapi itu cuma entrance utama. Untuk masuk ke taman2 yang ada dalam ancol ni kena bayar entrance fees lain. Kami bfast dulu di tepi pantai. Kami masuk A&W. Suasananya meriah...ramai berjualan souvenir dan pagi2 pun ada konsert. Tapi lautnya tak menarik. Ditambak2 untuk budak2 berenang. Kelihatan air nya tak berapa bersih.

Kemudian kami naik cable car, sbb nak tgk keseluruhan taman ancol ni dari atas. Baru la tau kat mana nak pegikan...boleh pilih satu theme park je....poket dan masa tak mengizinkan! Dari atas, ancol kelihatan sangat oldies. Mcm berada di tahun 80an, zaman rano karno! Tapi dia ada water theme park macam sunway lagoon, seaworld macam aquaria, dan macam2 lagi. Konsepnya bagus sbb kumpul semua theme park dalam satu kawasan. Patutnya KL ada buat konsep cenggini.

Kami buat keputusan masuk seaworld dengan tiket 90k seorang. Yang bagusnya, bila keluar, boleh masuk balik. Bukan mcm aquaria KLCC! Personally, aku rasa seaworld better than aquaria. Kat sini ada dugong, boleh pegang penyu dan exhibits nya dalam satu kwsan lapang tanpa perlu turun naik tangga. Ikan2nya pun sangat menarik! Mmg berbaloi!

Kami keluar dari sini pukul 3 ptg. Terus menuju ke stasiun gambir nak beli tiket keretapi ke bandung esoknya. Lepas tu kami terus ke tanah abang. Perut dah berkeroncong lapar. Jem pulak tak hengat!!! Siyes teruk gila jem jakarta nih!. Tak bergerak! Apa taknya, semua kenderaan atas jalanraya. Diorang mana ada komuter ke, LRT atau monorel. Amik kau, dengan personal car, teksi, bas, bajaj & motor semua atas jalan dia yang tak berapa besar tu! Jalanraya pun takde bertingkat2 cam kat KL.Populasi JKT je dah berapa juta! mmgla tak bleh blah...

Bila jam dah pukul 4, kami dah mula gelisah dalam kereta yang tak bergerak. Kami turun je walaupun supir kata kena jalan kaki jauh gak ke tanah abang tu. Takdela jauh pun sebenarnya. Mungkin dia ingat kami ni org malaysia yang manja takbleh berjalan sikit pun. 5 minit kami dah sampai. Terus cari foodcourt sbb masing2 dah kebuluran. makan2 dah 4.30! tanah abang tutup pukul 5! terus kami berkejar untuk shopping quest. hahaha....dalam 1/2 jam, aku berjaya merembat 13 blouse yang dalam sekitar harga 50-100k. Sgt cantik2 dan murah! Mmg rekod. Tak pernah shopping kelam kabut mcm tu. Tapi syukurla baju yg dibeli semuanya cantik dan sedap dipakai. Tanah abang sesuai utk org2 bersaiz double xl cam aku nih. dan rasanya cam boleh kembali utk 2 hari 1 malam ke sana semata2 nak rembat baju2 blouse yang kat m'sia harga mungkin cecah rm60-100. Kalau 1/2 jam aku boleh rembat 13, bayangkan kalo sehari suntuk? Hahaha....

nanti sambung day 3 pulak.