Sunday, January 9, 2011

2 hari 1 malam di PD



Hari ini 18 December 2010, kami sekeluarga ke Port Dickson dgn family caom. Planning nak g sini sempena nak bagi naim happy2 selepas khatan 2 minggu sebelum. Aku dan intan teruja dgn Legend International Waterhomes yg ada private swimming pool, so...bookingla 2 bulan sebelumnya.Intan yg buat booking untuk type garden pool villa yg berharga lebih kurang rm495 camtu. Itu la type yg paling murah pun.
Sampai sana lebih kurang kul 3.30pm. Hotel ckp dia dah terbagi bilik kami pd org lain. what the heck?? Atas rasa bersalah, diorang upgrade bilik kami kepada sky pool villa yg harganya rm700++ semalam without extra charge. Yang kurang best, bilik kami kat tower, meaning dlm bangunan. Yang best pulak..bilik ni lebih besar dan sea viewnya marvellous!!!
Tanpa rasa bersalah, kitorang bertujuh masuk dlm satu bilik (dlm website diorang dah warning maximum 4 saja..org ke 5 akan di caj) Ada aku kesah? lagipun bilik tu terlalu luas untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. Kingsize bed ada 2 bijik dan bantal ada 8 bijik! Ada microwave, minibar, lcd tv, digital weighing scale disamping perabotla...Ada separate bath (shower) and toilet. And...of course ada swimming pool(4feet deep) dgn 2 biji pelampung and shower under the sun (or moon/stars). hehe... Shower tu mmg syok banget! Sbb pool agak sejuk airnya, bila keluar dari pool terus shower kat situ dgn air suam..perghhh mmg heaven!!Since hotel ni takde private beach (the nearest is at glory beach resort yg mmg sgt geli utk mandi manda okayy) , kami try la games yg dia sediakan utk isi masa lapang. Petang kami turun, sewa basikal (1 jam rm10) dan KMX (1/2 jam rm10), memanah (12 arrow rm9) and snooker. Pagi besoknya sebelum balik, kami sewa giant snake n ladder (1 jam rm25, max player 2) Kalo lebih player kena tmbah 3 hengget lagi! Tah apa2! Kalo ada sesapa nak sewa ni, korang ckp main 2 org je sbb bila sampai kat padang tu, diorang just tinggalkan aje benda alah tu kat kita. Bukan dia cek pun berapa player.Okay, cerita pasal makan pulak. Kami dah plan untuk masak dari rumah n sampai sana cuma hangatkan aje kat microwave. Disamping save budget, save jugak masa. Malas nak keluar dari hotel yg sangat best (dan mahal gak) hehe... Bfast dapat utk 2 pax aje... so aku dgn intan je yg pegi sbb yang lain2 masih tido. Lagipun rugi bawak our husbands and kids pergi buffet. Diorang jenis mkn 1 jenis dgn bnyk. Jenis yg lebih baik amik ala carte. Tak pandai makan variety. Orang kampung mmg camtu!. Kihkihkih... Bfast was okay. Sedap, cuma variety tak setanding harga.
Balik bilik, kami cuma sediakan roti utk hubby n kids...hehe...n maggi. Nasibla kan..sapa suh bangun lambat!

Wednesday, October 20, 2010

Pagar


Hari ini aku dengar satu benda lawak dr seorang teman ...tentang pagar..

Dia: Malam td aku pegi berubat dgn satu ustaz ni. Ustaz tu kata ada 6 'benda' kat aku yg org antar.

Aku: huh? banyaknya..(awt hg ni bnyk musuh? ka mulut hg yg cabul?) Hg berubat untuk apa?

Dia: A'ah..aku takmo dah percaya /rapat sgt dgn sesapa dah pasnih. Aku berubat sebab nak tengok sapa yg buat bg aku tak kawen2 ni

Aku: (huh? abih, hg lebih pecaya kat 'ustaz' yg baru satu hari hg kenai la?) ye ke? sapa yg buat hg??

Dia: kawan ada..sedara pun ada...

Aku: isy..isy..abis..ustaz tu buat camana?

Dia: dia buang dah 6-6...pastu dia pagar...sbelom ni aku berubat, semua tak pagar, tu yg dtg balik.

Aku: Pagar camana?

Dia: Nih! (sambil tunjuk gelang perak magnet kat tgn ) terbang duit aku ratus2 gak!

Aku:??


Senangnya kena tipu?? Tak sudah terang lagi bersuluh ke 'ustaz' tu 'kencing' hang semata2 nak jual gelang MLM yg dia masuk?

Dia: ada lagi.....

Aku: apa dia?

Dia: Masa nak balik ustaz tu tanya mak aku sihat ke tak? aku rasa mesti ada maksud tersirat tu..nanti aku suh mak aku dtgla jumpa dia...

Mak hang pulak?? Memang terror la 'ustaz' tu punya MLM marketing...Baekkk punya!!

Saturday, August 21, 2010

soalan seksa


Soalan ni seksa dan tercekik aku nak jawab. Soalan dari Naim beberapa hari lepas.
"Ma, kenapa orang buang baby?"

"Orang jahat je yang buang baby."

"Yelah, tapi kenapa?"

" Dia buang sebab dia tak mau baby tu"

"Kenapa dia tak mau?"
(Aku paham dia tanya soalan ni sebab pada dia, baby hanya datang pada orang yang MAU)

"Sebab dia tak kahwin lagi...dia malu ada baby sebelom kahwin.."
Jawapan yang menjerat diri ni..dah boleh agak apa soalan bakal keluar dari mulut kecil itu..

Macamana boleh dapat baby pulak kalau tak kahwin?"
Adess!!! Camana nak jawab ni?Sebelom ni aku selalu cakap kat dia, baby lahir melalui perkahwinan. Perkahwinan bagi Naim adalah majlis persandingan ..hahahha..
" Sebab diorang tido sekali"
Soalan 'cerdik' mana yang keluar dari mulut aku.

"ooooo..."
itu je yang keluar dari mulut dia. tapi oooo itu kedengaran macam ada tanda soal dihujungnya. mcm dia masih keliru. macam "biar betul lelaki tidur sebelah pompuan boleh dapat baby????"

Tuesday, July 27, 2010

Jom tengok wayang!


Despicable Me. (3/5)
Dah 3 hari aku layan trailer DM kat youtube dgn naim. Setiap kali tengok, setiap kali kami ketawa guling2. So, hari sabtu layan wayang dalam versi 3D. Tak mengecewakan. Effect2 yang aku cari bila menonton 3D version ada dalam cerita ni. Kisah tentang supervillain veteran yang cuba untuk menarik perhatian dunia tetapi sering gagal. Okayla cerita ni tapi tak sehebat Toy Story 3.

Twilight Saga:Eclipse (3/5)
Sebenarnya agak susah aku nak bagi bintang untuk cerita ni. Naim kacau konsentrasi aku yang cuba membenamkan diri atas kekacakan robert pattinson dan budiman seorang edward cullen.
"ma..nak milo ais boleh?"
"ma..sejukla. jom keluar kejap."
"ma..nak kencing"
"ma..kenapa dia buat camtu?"
"ma..kenapa? kenapa? ma?.."
adoiyai naim..mama baru nak bayang diri jadi bella swan nih...tak bleh jadi..mama nak repeat tengokla..SORANG2!

Thursday, July 22, 2010

a long lost 'sengal' friend


hari ini, aku teringat kisah malam tadi. seorang teman lama menyapa di facebook. 13 tahun tak jumpa..

dia: apa khabar? sihat?
aku: sihat. kau?
dia: sihat. anak 1 aje?
aku: a ah 1 aje..ko kat mana sekarang?
dia: kat putrajaya...
aku: la, dekat aje..
dia: takkan 1 aje?
aku: takde rezeki nak bertambah. tgh keje keras ni..hehe..
dia: ye ye..usaha tangga kejayaan. tp..takkan 1 aje?tak betol buat kot? ke..salah timing?
sengal yg pertama.tetiba aku rasa cam nak lempang mamat ni....aku ckp takde rezeki, takde rezekila..! Allah tak bagi..camana aku nak buat???

dia: aku tgk gambar2 ko ni, saiz ko dah bertambahla..
sengal yg kedua. aku rasa nak offline je..badan ngko pun sama, ada hati nak mengata aku! tp mengingatkan aku tak suka kurang ajar dgn orang..maka ..

aku: saiz apa?

tupp! dia offline..gampang betol mamat ni...!! jgn harap aku nk chatting dgn ko lagi..
inilah salah satu sebab aku benci reunion!