Friday, October 7, 2011

Pulau Perhentian 2nd&3rd day

laut yang menjadi2 birunya time nak balik. terpaksa posing hihi..

menangis mak!!

family portrait @perhentian

subhanallah!

jeti@ abdul

bot masa balik


nangis lagi!

Hari ini 16 September 2011. Hari Malaysia. Tahun kedua dapat public holiday on M'sia day. Seawal kul 6.30 aku dah bangun. Solat subuh daaa...ingat nak jalan2 kat pantai sorang2 tapi rasa malas pulak. Pukul 7, naim dah celik mata. Wah! Gila awal. Dia tau dia berada kat tempat best, awal jek bangun. Cuba suruh sekolah, kemain liat lg nak bangun pagi.

Plannya kami nk try snorkeling. Aku nk snorkel kat pulau susu dara. Kami breakfast dulu kat restoran. Mula2 berjalan sampai hujung pantai nak cari roti canai. Ingat cam nak try tempat lain. Last2 kami kembali ke pangkal jalan. Hehe...Balik ke abdul. Sekali tengok menu dia ada roti canai. CEHH!!..punyala jauh kami jalan...rupanya roti canai ada kat depan idung sendiri. Tp yg frozen ajelah ye...2 keping rm4! Teh tarik rm3. Aku plak order toast, kacang pis & ommelete rm 7.50. Kenyang gila.

Diorang terjun terus dlm laut lps tu. Tak sabar2.

Pukul 10 aku ajak diorang teruskan niat ke pulau susu dara. Tanya brader yg operate trip tu, dia kata sama je pulau tu punya ikan dgn kat sini. Kalau snorkeling pulak, kat tgh2 sbb nak tgk coral cantik2. Choi mula bolak balik. Dia lebih appreciate ikan2. Kalo sama cam kat tmpt kami ni, apa jadah nak buang rm100 untuk pegi tempat lain. So, kami kensel. Dorang mmg lebih teruja nak sambung bg ikan makan roti kat sini. Tapi serius, bnyk gila ikan kaler2 kat jeti tuh! Ada ikan paddle pop yang mana ikan tu kaler dia cam kaler aiskrim paddle pop pelangi. Aku yang memandai bagi nama. Tapi tak dapat nak amik gambar sbb camera kami xleh masuk air.

Tengahari aku ajak diorang g tempat lain. Takkan sepanjang hari kat sini..Jomla tengok beach lain...long beach ke...turtle beach ke..Tapi decision2..mana nak pegi? Naim nak tengok penyu,,,,so kami tanyala brader2 kat situ mana nak tengok penyu. Rupanya ada org bela kat satu warung kat pantai kami tu...dalam 4 ekor anak penyu. Actually bukan bela..cuma lindung kejap sementara nak lepaskan ke laut. Dapatla naim pegang anak penyu agas tu. Hitam berkilat...tapi sangat cumel okay! Gedik2 kaki dia.

Lepas tu kami amik keputusan nak ke long beach. Nak lunch situ. Nak tengok camana rupa pantai yg jadi kegilaan mat2 saleh tu.

Kami pegi naik bot kecik yg diorang panggil water taxi. Seronok!! tak takutla sbb pakai life jacket. Hehe...tp bila dekat dengan bot besar lain, mak aii..teroleng2 gak. Seramla gak...Bayar rm15 sorang nak ke long beach . Long beach sangat berbeza dengan fish garden pantai kami tu. Pantainya landai...pasirnya haluuussssss...putih....tapi takde coral. Ikan ada tp seekor2 jah! Bila pijak pasirnya, padat...kejap....mmg sngat sesuai untuk swimming. Tapi bukan untuk snorkeling. So, kalo nginap kat sini, HARUS la g snorkeling trip kan....takde apa yg nak di lihat kat sini,,,just mandi manda je...

Tapi aku suka....sbb tak dalam. Rasa selamat. Mcam kat PD, cuma versi bersih 10 kali ganda la...

Kami duduk bawah payung yg tercacak2 kat pantai tu...tak banyak mat saleh. Mmg september low season. Kena byr sewa rm10 utk payung...kami lunch kat salah satu warung yg banyak ada kat situ..Order kuewtiaw seafood(aku), fish n chip(naim) & nasi goreng lagi utk choi. Air pulak kami order sea coconut ice blended(terbaekkkk), mango lassi n naim amik air apa tah, tak ingat. Naim mcm biasa, makanan siapa sampai dulu, semua dia sebat. Kuat makan betul! Akula yg tak bernasib baik tu sbb kuewtiaw sampai dulu.

Lepas makan, kami ikut trek ke coral bay. 10 minit sampai. Ceh! Tak cantik pun...sungguh! Nasib baik aku tak sewa sini. Kat sha rila tu..Amik taxi air lagi...nak balik ke abdul. Ingatkan lagi murah sebab ingatkan lebih dekat. Sekali pakcik tu cakap, sini lebih jauh nak ke abdul! Kah kahkah...lemah geografi betul kami ni....so..kenala tmbh sikit duit lagi....aku tipu pakcik tu kata xde cash. Dia suh tambh 5 hengget lg dr perjalanan dtg kami. Rasa bersalah la pulak menipu...Kalini naik takde life jacket...whoa....cuakla pulak...tp nasib baik je tak bnyk bertembung dgn bot lain lalu sini. So takla teroleng2....pakcik tu pun bawak slow...aku bleh amik2 gambar lagi. Kesian pakcik tu. Ampun ye pakcik.


Sampai pantai abdul, kami sambung snorkeling...aku tak berapa nak larat. Hari dah petang. Naim masih mahu teruskan misi pencarian nemo nya. Akak kat abdul kata bnyk je ada depan tu...tp cari2 tak jumpa pong! Sampai depan tuna bay baru dpt jumpa sarang nemo, anemone..ada bnyk nemo kecik2...patutla susah nak cari dia, dia tak jln jauh....dia main kat sarang dia je..kuar masuk..kuar masuk...sebijik cam dlm citer finding nemo...bapaknya yg protective gila..tak bg anak2 nya main jauh2. Misi dah berjaya, baru Naim puas hati. Tanpa snorkeling trip, misi kami berjaya untuk lihat/pegang penyu, dan lihat sarang nemo.


Malam, kami mkn kat abdul jugak. Kalini malam last, amik bbq set dia...kopak 76 hengget. Banana choc smoothies jadi menu wajib. Tak bleh lama2 kat pulau ni...boleh bankrup! Tapi fikir akan keindahan alamnya, rasa takmo balik je. Mcm malam sebelumnya, lepas makan, lepak kat jeti tengok ikan.


Balik bilik, sekali lagi kami pengsan!


Hari ketiga -hari utk pulang. :(


Kami bangun cam semalam..lepas solat subuh, breakfast. Naim dengan Choi yer2 je dah sepakat semalam, hari ni taknak mandi laut dah..nak lepak je...Boleh tahan ke??? Air biru menjadi2 harini....Matahari panas, takde awan menjadikan air laut jadi 3 warna..subhanallah!! Cantik sungguh!. Naim dah tak bleh tahan...memujuk rayu si babahnya utk terjun sama buat kali terakhir sebelum balik. Hahaha..kesian choi..anak awak tu sorang..layankanla!


Tepat kul 12 tghari, kami naik bot untuk balik. Flight balik kul 6 ptg, so mmg tak rushing. Ride balik sangat enjoy..tak terhentak2....ada 9 orang je dlm bot. Boleh pakai lifejacket. Aku dah berani letak tangan kat luar bot, rasa percikan air laut. Kata orang, supaya tak teringat2.


Sampai Kuala Besut, beli souvenir lebih kurang, terus amik teksi ke kota bharu. Abang tu charge RM60 satu teksi. Okayla kot...boleh singgah beli kepok lagi. Kepok dlm perjalanan ke kota bharu mmg sangat sedap..Terasa ikannya...keropok keringla ye...keropok lekor dia tak sedap! Kalo nak, mkn kat situ je..bila bawak balik...langsung tak sedap! Borong keropok kering nak dekat rm 100 gak! Mana taknya, mak dengan along pesan suh beli banyak2. Takpela...bajet ada.


1 jam kemudian kami sampai ke KB. Rasa cam jauh la pulak. Terus cari tempat simpan beg sebab kami nak jalan2 kat pasar siti khadijah. Nasib baik ada dekat dgn stesen bas. Satu beg rm1. Lega..takyah bimbit2!

Dalam pasar, tah camana aku terbeli bacang 2 bijik. Tak tau kenapa...kesian kat makcik tu kot...beriya dia suruh beli...pastu harga cuma 50 sen jek sebiji! Kat KL.rm2++ tau! Choi bising2 kenapala aku beli buah tu...dahla berat... berbau lak tu...hahahhahahahah..nasibla ye..dah terbeli.


Shopping kat atas tu menarik gak...sampaila hajat belikan mak mentua 2 helai baju kelawar batik lengan panjang. Dulu dia pesan suh beli kat bandung, aku dah beli..bnyklak cekadaknya...kata ketatla..glamour sangatla...hahaha..mintak balik baju tu mak, biar farah pakai. Mak amikla yg hak kelantan ni. Actually kelantan punya lebih kualiti dan cantik. Harga clearance akak tu bagi rm20. Gila murah!! aku tgk kat Kl camtu rm40 paling murah. Aku beli 3. Naim pulak kena sogok dengan tabung angry bird baru dia sengih...murah gak tu...rm5 je satu. Kami makan kat medan selera dia kat tingkat 1. Semua makanan laut fresh. Udang bapak besar! Tapi harga pun besar. Kami bertiga amik 3 nasi, 2 ikan keli, seekor udang sederhana, seekor sotong besar...air...rm26. Not badla...sedap pun sedap. Turun bawah, grab pulut2...beras2..serunding...gula gerek...cau! Teksi ke airport kena ketuk rm20. Tak taula harga betul ke tipu tu. Takla jauh sangat pun. Dalam 15 minit.


Kat airport sempat lagi shopping bunga.. kami mintak 10 batang, masa bayar budak tu kira 6 batang je...hahahha..nasibla..aku pun bukan taknak jujur..tapi aku cam blur2 masa tu...dlm hati cam nak marah sebab aku mintak 10 ko bagi 6 batang kenapa??? tapi malas nak argue..sbb dah balut kemas2....lantakla..6 ke 10 ke...

Dlm flight, cam masa pergi...kami di serve dengan kekacang/roti & jus buah. Okla..snek ringan. Benda free bukan cam air asia. Semua kena bayar. Sampai subang, rezeki lagi. Parking kereta takyah bayar. Takde orang jaga. Save rm100++..huhu..


Overall, ini perjalanan kami paling menarik. Nyaris tak jadi pergi, tapi turns out sangat best. Berbaloi2! Naim pun cakap, antara semua tempat kami dah bawak dia...Pulau Perhentian by far is the best!






No comments:

Post a Comment