Friday, October 7, 2011

Pulau Perhentian 1st day

long beach

pantai di abdul

lepas hajat naim nak tgk penyu!

ikan2 yg jinak


nakhoda bot

banana choc smoothies yg terbaekk!!

Hari ini 15 September 2011, aku set jam kul 4 am. Flight kul 7.15 am kat Subang airport utk bawak kami ke Kota Bharu. Kali ni naik firefly sbb beli masa promo birthday dia bulan 4 aritu dapat 18 hengget return perpax. Sgt excited sbb itula yg paling murah tiket flight pernah dpt. Siap shout kat FB. Tapi kata orang, jgn seronok sangat. Nanti ada benda tak diingini berlaku. Aku mmg ada terasa2 tu...tp tah knp aku excited gak nak bgtau semua org ttg tiket murah aku dapat tu. Biol!

Kul 4am alarm clock bunyi. Aku bleh tutup dan konon2 nk baring jap je lagi...sekali terjaga dah 4.30! Itupun sbb abah call. Mak sakit kata abah.. dia rasa nak pitam, tak tentu arah...alamak!! camana nih? Ini ke kejadian x diingini tu? Balasan atas keterujaan aku yg melampau..tak jd pergikah kami?

Apa2pun..aku takmau kehilangan mak. Lebih baik aku hilang tiket dr hilang mak. Abah kata mak nak ngko gak..dia takmo org lain bawak dia g klinik. OK2,,,mak...kami dtg!

Dgn segera aku kerah 2 hero aku bangkit..siap2. Kami siap2 dgn beg sekali nak pergi..kotla mak x seserius mana...masih ada masa utk bergegas ke subang airport selewat2nya kul 6.45am kat sana.

BP mak naik tinggi rupanya, penangan kari ikan masin. Selepas 2 biji ubat apa tah letak kat bawah lidah mak, baru mak ok....segar semula. Tekanan darah turun balik. Tp dah terlambat untuk kami kejar flight. By then, dah pukul 7 pun.

Kami mintak izin mak utk pergi gak..tp kena beli tiket lain. Mak kata pergilah.. Pendek cerita kami dapat naik flight pukul 12.20pm dgn harga rm399 sorang. Amik ko! Melayang rm1197. Inilah BALASAN keterujaan aku. Agak terkilan tapi....


BERBALOI!!


Sampai di jeti kuala besut, settle baki bayaran dekat anjung holidays, terus gegas naik bot sbb dah tunggu nak gerak. Perjalanan dr KB dlm 1 jam gak. Tambang 1 teksi rm78. Cuaca sgt panas. At least doa aku termakbul. Aku sgt takut kalo2 hujan...basah kuyup dlm bot dgn ombak ganas. Mesti aku cuak gila. Kami dapat bot yang campur2 dgn penduduk pulau bawak budak sekolah dan barang2. Rasa cam overload jek. Dahla tak pakai lifejacket. Kalau karam, mmg mati katakla aku yg tak pandai berenang nih. Dalam hati berdoa je semua selamat. Tapi perjalanan naik bot 40 minit tu sgt enjoy walaupun agak terhentak2. Kami kurang rasala sbb awal2 amik tempat sebelah driver bot. Depa kata situ paling tak terasa.


Sampai je pulau perhentian...subhanallah!!...cantik yang amat! Berbaloi rm1197 yg melayang itew. Air crystal clear. Ikan berenang2 nmpk jelas. Naim dgn Choi dah teruja dah. Tadi muka deme la yg paling saspen masa naik bot. Kahkahkah..dah 10 tahun kawen, baru aku kenal ketakutan laki aku. Dia animalphobia rupanya.. selalu bayangkan benda2 tak baik yg ada kaitan dengan binatang. Macm naik bot ni dia bukan takut lemas, tp takut ada jaws akan makan dia kalau karam. Imaginasi tak bleh blah!


Chalet Abdul cantik. Bilik basic je..tanpa tv. Tapi okla. Ok sangat. Makanan pun berasa. Tapi agak mahal. Nasi goreng rm10. Tehh tarik rm3. Tapi sedapla..standard chef yang masak. Bukan tukang masak biasa. Bilik kami ada 1 katil queen dan 1 single. Hujung sekali sebelah belakang. Masih boleh nampak laut dari anjung kami. Yang bagusnya privacy la...takde manusia lalu lalang. Itula pun last unit yang ada utk date yang kami nak pergi.


Lepas makan, naim dah tak sabar2 nak terjun laut. Mana taknya, air tu sgt kebiru2an yang aquamarine, boleh nangis kalo tengok saja. Kami terus tukar baju, dan dush!!! terjun! Sewa snorkeling mask & fin. Memang puashati duduk sini, bnyk ikan warna warni! Jinak pulak tu..Makan kat tangan. Macam tau2 je orang tak leh tangkap dia. Salah disisi undang2 ye kalo tangkap atau amik apa2 saja dr perairan perhentian. Kalo nak fishing kena 4km keluar dr perairan pulau. Sampah sarap pulak diorang akan kumpulkan dan bawak balik ke k.besut melalui bot. Tak boleh tanam atau bakar sampah kat pulau. No wonderla harga serba serbi mahal kat pulau ni. Segala2nya kena amik dr k.besut!

Sampai senja, kami bersidai kat pantai. Jalan2 sampai hujung. Same stretch ada tuna bay hotel, cozy hut & a few lg yg kecik2. Tp rasanya abdul paling privacy sbb kat hujung.

Malam kami dinner dia restoran abdul je. Mana lagi nak pergi. Memang dah bajet utk 1 meal kami bertiga dalam rm50. Malam ni aku order spaghetti bolognese & banana choc smoothies. Naim order chicken chop dgn mango lassi. Choi pulak apa ye? Lupala pulak...tp rasanya makanan kampung cam nasi2 goreng tu...dia kan tekak melayu pure! Tapi gila terbaekla banana choc smothies tu. Sampai kami cadang nak order lagi besok malam. Lepas makan, lepak kat jeti. Pergh!! Bnyak gila ikan malam2 ni...especially ikan bawal...kalaula ada jala..mmg best nih. Hehe....Balik bilik, kami main galaxy tab kejap. Minum teh, mkn kacang. Air panas kena beli dr restoran sebab takde kettle dlm bilik. 1 teko rm1. Lepas tu, terus tido x ingat dunia dah..Elok pun takde tv...kalo ada kang, taknak tido..besok akan bangkit lmbt, rugi je masa kat pantai berkurangan.

No comments:

Post a Comment